Kacang Tanah (Arachis hypogea) merupakan sejenis spesies kekacang
dari famili Fabaceae yang berasal dari Amerika Selatan. Kacang tanah
merupakan sejenis tanaman tropika. Ia tumbuh secara renek setinggi 30
hingga 50 cm (1 hingga 1½ kaki). dan mengeluarkan daun-daun kecil.
Kacangnya pula tumbuh didalam tanah
Kacang tanah biasanya dimakan begitu sahaja. Ia boleh disediakan dalam
pelbagai cara seperti direbus, digoreng, dibakar, dihancurkan dan
berbagai lagi mengikut keraviti sesaorang itu mengolah makanan ini.
Kacang tanah kaya dengan lemak, . mengandungi protin yang tinggi,
zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan
Fosforus.vitamin A dan K, lesitin, kolin dan kalsium. kandungan protin
dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari dedaging, telur dan
kacang soya. Mempunyai rasa yang manis dan banyak digunakan untuk
membuat beraneka jenis kuih-muih.
Kacang tanah juga dikatakan mengandungi bahan yang dapat membina
ketahanan tubuh bagi menentang penyakit. Mengambil satu auns kacang
tanah lima kali seminggu dilaporkan dapat mencegah penyakit jantung.
Memakan segenggam kacang tanah setiap hari terutama pesakit kencing
manis dapat membantu kekurangan zat.
Kajian-kajian menunjukkan kacang tanah boleh menurunkan tekanan
darah tinggi dan juga paras kolestrol dalam darah, berkesan untuk
melegakan penyakit hemofilia atau kecenderungan mudah berdarah,
penyakit keputihan dan insomnia.
Namun Kacang tanah sangat dicegah pengambilan pada mereka yang
menghadapi penyakit jenis ketumbuhan atau cancer payudara.Penyakit gaut
dan yang mempunyai masaalah jerawat atau acne juga dinasihatkan
berhenti mengambil kacang tanah.
sumber info : BHO
No comments:
Post a Comment